Home Dunia Terima kasih buang kakitangan kami – Trump

Terima kasih buang kakitangan kami – Trump

WASHINGTON – Donald Trump berterima kasih kepada Vladimir Putin kerana ‘mengurangkan jumlah bayaran pekerja’ selepas Rusia mengurangkan sejumlah 755 kakitangan diplomatik Amerika Syarikat.

“Saya mahu berterima kasih kepadanya kerana kami sedang memotong pembayaran gaji dan setakat ini saya bersyukur dia telah mengurangkan sejumlah besar kakitangan.

“Tidak ada alasan untuk mereka (kakitangan diplomatik) untuk dibuang,” katanya di New Jersey.

Putin telah mengurangkan sejumlah 755 daripada 1,200 kakitangan kedutaan dan konsulat mulai September ini.

Kakitangan yang terlibat kebanyakan adalah pekerja dari Rusia.

Tidak jelas sama ada Trump berjenaka dengan komen yang dibuat itu.

Nicholas Burns, bekas kakitangan pejabat peringkat ketiga Jabatan Negara, menyifatkan ulasan itu sebagai “menakutkan.”

“Jika dia bergurau, dia harus lebih tahu. Jika dia tidak (bergurau), ia tidak pernah berlaku sebelum ini – seorang presiden tidak pernah mempertahankan pengusiran diplomat kami,” kata Burns, kini seorang profesor di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy di Universiti Harvard.

Kenyataan Trump bertentangan dengan tindak balas Jabatan Negara terhadap perintah Putin.

Seorang pegawai Jabatan Negara pada 30 Julai lalu menyifatkan keputusan Rusia itu sebagai “tindakan yang dikesali dan tidak patut”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast