LONDON – Pemain sayap Chelsea, Willian secara terbuka mendedahkan Manchester United kemungkinan sedang berusaha untuk mendapatkan dirinya.
United cuba untuk menandatangani Willian dan Nemanja Matic pada musim panas lalu dan hanya berjaya merekrut Matic pada akhir bulan lalu.
Keputusan itu memberi kekecewaan kepada pengurus Chelsea, Antonio Conte.
Willian kini telah mengesahkan tentang kemungkinan untuk bersatu kembali dengan Mourinho sebelum Chelsea menyekat sebarang perpindahan itu.
“Terdapat beberapa perbualan dengan ejen saya. Saya bekerja dengan Mourinho dan saya menjadi sahabatnya juga,” Willian memberitahu Goal.com.
“Dia sangat menyukai saya dan saya amat sukakan dia sebagai jurulatih dan sebagai seorang manusia. Dia meletakkan kepercayaan terhadap saya dan tugasan saya dan saya sangat berterima kasih kepadanya.
“Manchester datang kepada saya, mereka berbincang dengan ejen saya, tetapi tiada apa-apa berlaku kerana Chelsea tidak akan berunding untuk saya dalam apa jua cara dan saya amat gembira di Chelsea.” – MalaysiaGazette