NEW JERSEY – Korea Utara bakal berhadapan dengan masalah besar jika apa sahaja berlaku di wilayah Guam.
Bercakap di resort resort di sini, Presiden Amerika Syarikat berjanji wilayah itu sangat selamat.
Donald Trump berkata, Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan lanjut jika Korea Utara bertindak selanjutnya.
Beliau memberitahu akan bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat depan tentang keadaan yang sangat bahaya ini.
“Harap ia akan berjalan. Tidak ada orang yang mencintai keadaan aman yang lebih baik selain, Presiden Trump,” katanya.
Terdahulu, presiden itu berkata, tentera Amerika Syarikat telah ”dipenuh dan dimuatkan” untuk berhadapan dengan Korea Utara, sekiranya ia perlu.
Korea Utara sebelum ini mengumumkan rancangannya untuk melepaskan peluru berpandu di Guam.
Moscow menyifatkan pertukaran ancaman antara Washington dan Pyongyang amat membimbangkan negara itu.
Menteri Luar, Sergei Lavrov melihat risiko konflik ketenteraan itu sebagai ‘sangat tinggi’ ketika ia mengemukakan rancangan Rusia-China untuk meredakan krisis.
Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, ia tiada penyelesaian ketenteraan dan “peningkatan retorik adalah jawapan yang salah”. – Malays