BEDMINSTER, AMERIKA SYARIKAT – Presiden Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menghantar pasukan ketenteraan ke Venezuela berikutan krisis politik yang semakin meningkat.
“Kami mempunyai banyak pilihan di Venezuela termasuk menghantar askar sekiranya perlu.
“Kami mempunyai askar di seluruh dunia walaupun di tempat yang sangat jauh.
“Venezuela tidak terlalu jauh dan rakyatnya sedang menderita dan mati,” katanya.- MalaysiaGazette