Angkatan tentera udara Rusia bakal mempunyai juruterbang pesawat wanita. Gambar hiasam

MOSCOW – Rusia bakal menerima juruterbang pesawat pejuang wanita untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.

Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu berkata, wanita telah diterima masuk dalam tentera udara selepas menerima beratus-ratus permohonan.

Terdapat 15 wanita dalam kumpulan pertama yang memulakan latihan pada bulan Oktober ini, kata Shoigu.

Semasa Perang Dunia II, juruterbang wanita Rusia dikenali sebagai “Stalin’s Falcons”.

Tentera Jerman memanggil mereka “Penyihir Malam”.

Juruterbang generasi baru ini akan dilatih di sekolah penerbangan tentera Krasnodar, di selatan negara ini.

Akademi ini telah menerima tentera wanita sejak tahun 2009, kata agensi berita negeri Tass, tetapi bukan untuk latihan juruterbang. – MalaysiaGazette