Barnaby Joyce

SYDNEY – Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce dimaklumkan bahawa beliau mungkin tidak layak ke Parlimen kerana memiliki dua kerakyatan.

Joyce dikatakan memiliki kewarganegaraan Australia dan New Zealand, sekali gus mengancam kerajaan konservatif untuk terus memerintah.

Ahli politik di Australia tidak layak untuk dipilih sebagai anggota Parlimen sekiranya mereka memiliki dua kerakyatan.

Undang-undang itu menyaksikan dua senator meletak jawatan beberapa minggu lalu.

Sekiranya Joyce dipaksa berundur dari pejabatnya, majoriti yang dimiliki kerajaan semasa mungkin dinafikan di Parlimen dan pilihan raya umum yang baharu diadakan, kata penganalisis politik negara itu.

Ibu Joyce adalah warga Australia tetapi bapanya lahir di New Zealand dan pasangan itu berhijrah ke Australia pasa 1947.

Joyce diminta supaya merujuk perkara ini ke mahkamah Tinggi Australia untuk mendapatkan keputusan terhadap kelayakannya di Parlimen.

Bagaimanapun Joyce menegaskan tidak akan meletakkan jawatan atau berundur buat sementara waktu selepas dimaklumkan Peguam Negara, Stephen Donaghue bahawa beliau berkemungkinan bebas daripada kes ini.

Bagaimanapun, jika keputusan Mahkamah Tinggi Australia tidak memihak kepadanya, ia merupakan pengakhiran kepada kerajan Perdana Menteri, Malcolm Turnbull.

Jika Joyce dilucutkan, Turnbull terpaksa bergantung kepada wakil rakyat Bebas untuk mengelak sebarang undi tidak percaya yang akan dibawa oleh pembangkang iaitu Parti Buruh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast