AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

SINGAPURA – Tiga warga British yang dibicarakan selama dua minggu lalu kerana bersalah merogol seorang wanita Malaysia secara bergilir-gilir di Carlton Hotel di sini, dijatuhi hukuman penjara sehingga enam tahun setengah dan sebatan.

Ketiga-tiga lelaki itu mengaku bersalah selepas mengambil masa seminggu untuk mempertimbangkan agar pertuduhan dikurangkan.

Khong Tam Thanh, 22, dihukum enam tahun penjara dan lapan sebatan manakala, Vu Thai Son, 24, enam setengah tahun penjara dan lapan sebatan dan Michael Le, 24, dihukum lima tahun setengah penjara dan lima sebatan.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan mangsa pada awal 10 September tahun lepas.

Thanh dan Son, masing-masing mengakui pertuduhan kedua dengan melakukan perbuatan seksual yang lain terhadap wanita yang berusia 22 tahun itu.

Isnin lalu, Timbalan Pendakwa Raya, G. Kannan memohon enam tahun penjara untuk Le dan tujuh tahun bagi Thanh dan Son.

“Mereka melayan mangsa seperti dia sesuatu yang boleh digunakan dan didera,” katanya.

Hukuman maksimum untuk pencabulan adalah 10 tahun penjara.

Ketiga-tiga yang berketurunan Vietnam, datang ke Singapura pada 9 September untuk menghadiri pesta muzik.

Mereka telah menempah tiga bilik di hotel.

Pada malam mereka tiba, ketiga-tiga lelaki itu telah berpesta di Zouk, yang mana salah seorang daripada mereka, Trinh Viet Anh, 24, telah memulakan perbualan dengan wanita itu.

Mangsa mencadangkan untuk pergi ke bilik hotel Anh, yang mana mereka melakukan hubungan seks atas persetujuan bersama dan kemudian wanita itu tertidur.

Pada kira-kira 4 pagi, Anh keluar dan membenarkan Thanh, Son dan Le memasuki bilik tersebut dan merogol mangsa.

Semasa Le sedang bersetubuh dengannya, wanita itu bangun dan menuntut untuk mengetahui siapa lelaki tersebut.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya dan memutuskan untuk melaporkan kepada polis.

Kesemua lelaki itu mengemukakan surat permohonan maaf kepada mangsa dan dalam surat, Thanh menawarkan sejumlah S$5,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast