Zlatan Ibrahimovic

MANCHESTER – Zlatan brahimovic bakal membuat kemunculan luar biasa apabila penyerang prolifik itu dijangka kembali ke pusat latihan Carrington seawal esok.

Menurut The Sun, walaupun pakar bedah dari Amerika Syarikat menasihatkan pemain dari Sweden itu supaya tidak tergesa-gesa untuk pulih dari kecederaan, Ibrahimovic tetap berusaha untuk membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.

“Zlatan akan meneruskan rawatan pemulihan lututnya yang cedera di sini.

“Dia telah dinasihatkan untuk lebih tenang tetapi itu bukan sikap dirinya kerana dia mempunyai keazaman tinggi.

“Semua orang gembira dengan kemajuannya namun dalam masa yang sama mahu dia menyeimbangkan antara rehat dan pemulihan,” katanya sumber United memberitahu The Sun.

Kemunculan penyerang antarabangsa Sweden itu telah mencetus spekulasi mengenai kontrak baharunya di Old Trafford kerana dia  kini tidak terikat dengan mana-mana kontrak berikutan pelepasannya dari United musim panas ini.

Kecederaan lutut serius pemain berusia 35 tahun itu pada April lalu menyaksikan United memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya.

Pengganti Ibrahimovic, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol untuk United dalam kemenangan 4-0 ke atas West Ham pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast