MANILA – Para guru dan pelajar sekolah menengah awam dan swasta di Filipina akan dikenakan ujian dadah secara rawak bermula September ini, umum jabatan Pendidikan negara itu.

Setiausaha Jabatan Pendidikan, Leonor Briones berkata, ujian dadah bagi pelajar sekolah menengah akan dilakukan di luar premis sekolah, lapor Philippine Daily Inquirer.

“Kami lakukan untuk mewujudkan perlindungan dan keselamatan terbaik para pelajar. Ia adalah untuk kebaikan mereka,” katanya pada sidang media.

Briones memberi jaminan keputusan ujian dadah itu bukannya alasan untuk menyingkirkan pelajar dan mengenakan tindakan disiplin, dan ia juga tidak akan digunakan untuk sebarang dakwaan jenayah.

Beliau berkata, keputusan ujian dadah itu tidak akan mencerminkan rekod akademik pelajar dan ia dilakukan untuk tujuan pencegahan dan pemulihan.

“Ia adalah respon daripada permintaan awam. Kami mempunyai 27 juta pelajar dan kami tidak boleh berkata semua pelajar (terlibat dengan dadah)… dan semua guru (tidak terlibat dengan dadah),” katanya.

Langkah jabatan itu dialu-alukan Majlis Anti Penyelahgunaan Dadah di Pasig yang sebelum ini menghalang rancangan pelaksanaan ujian dadah di sekolah swasta di bandar itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast