Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan hari ini untuk menangguhkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijadual bermula pada Isnin.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan penangguhan itu.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

“Kami berpendapat bahawa, atas kepentingan umum, prosiding RCI mesti diteruskan,” katanya.

Dr Mahathir mahu prosiding RCI ditangguhkan sementara menunggu pendengaran rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

Dalam permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, beliau memohon untuk membatalkan keputusan RCI yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua anggota daripada bersidang dalam panel lima anggota RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara pada 1990-an.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast