Home Dunia Kereta api bertembung, 23 maut

Kereta api bertembung, 23 maut

Orang ramai menaiki gerabak kereta api yang bertembung untuk mencari mangsa-mangsa yang terperangkap. foto Agensi

DELHI – Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan lebih daripada 60 cedera apabila kereta api tergelincir di Uttar Pradesh.

Polis memaklumkan kemalangan itu melibatkan sekurang-kurangnya lapan gerabak kereta api dalam tragedi yang berlaku berhampiran Muzaffarnagar, kira-kira 130 kilometer (80 batu) di utara ibu kota Delhi.

Punca kemalangan yang berlaku pada petang Sabtu itu masih belum jelas.

Para penyelamat meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelemat sehingga waktu malam untuk mengesan mangsa yang masih selamat.

Kejadian itu berlaku semasa kereta api sedang dalam perjalanan ke Haridwar, di kaki bukit Himalaya dari Puri, di timur Odisha.

“Kami sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan sedang menunggu pemotong gas untuk tiba,” kata pegawai polis, Ajay Pandey.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyuarakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji menghulurkan segala bantuan.

Kemalangan kereta api agak biasa di India. Sistem pengangkutan itu membawa lebih dari 22 juta penumpang sehari dan banyak peralatannya sudah lapuk.

Kemalangan di Uttar Pradesh pada November lalu membunuh 150 orang dan satu lagi kemalangan di negeri yang sama pada tahun 2015 mengorbankan 39 nyawa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast