Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada mayat yang dijumpai nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

KOTA TINGGI – Satu mayat berbaju merah dan berseluar jeans biru ditemukan terapung kira-kira 6 batu nautika (11 kilometer) timur laut Tanjung Sedili di sini pada 10 pagi ini.

Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada mayat yang dijumpai nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, sejurus menerima maklumat, sebuat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihantar ke lokasi kejadian.

“Pihak kami menemukan satu mayat terapung lengkap berpakaian tshirt merah dan seluar jeans biru dan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat kemudiannya dibawa ke jeti maritim Tanjung Sedili pada 12.10 tengahari dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Tanjunh Sedili di talian 07-8916597. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast