Usahawan Kuih Bangkit disihir kerana cemburu

PONTIAN – Pengusaha kuih bangkit, Poniah Jais, 62, mendakwa pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui beliau sepanjang menceburkan diri dalam bidang perniagaan termasuklah sihir.

Beliau yang terpaksa melalui liku-liku yang mencabar untuk membesarkan enam orang anak, terus cekal berhadapan cabaran yang mendatang.

Ia termasuklah pelbagai bentuk sihir yang ‘dikirim’ ke premis perniagaannya.

Semuanya akibat cemburu akan perusahaan kuih bangkit miliknya yang semakin berkembang sehingga ke negara jiran termasuk Singapura dan Thailand.- MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast