MADRID – Para penyiasat percaya Younes Abouyaaqoub, seorang lelaki kelahiran Maghribi berusia 22 tahun yang sedang dicari oleh polis adalah pemandu van yang merempuh orang ramai di Barcelona pada Khamis lalu.
Kejadian itu mengorbankan 13 orang, kata seorang pegawai kerajaan Catalan.
Polis Sepanyol telah mencari Abouyaaqoub – suspek tunggal daripada 12 orang yang dikehendaki selama beberapa hari ini.
Pihak berkuasa Sepanyol dipercayai masih belum mengenal pasti identiti lelaki yang memandu van yang digunakan untuk merempuh orang ramai.
Polis telah melakukan lebih banyak serbuan di beberapa kediaman di Ripoll, yang mana kebanyakan suspek tinggal. – MalaysiaGazette