MADRID – Penyerang Atletico Madrid tiba-tiba mencetus spekulasi baru apabila memuatnaik posting emoji kecewa di Twitternya.
Tindakan itu dikatakan merujuk kepada kekesalan Griezmann kerana tidak menyertai Manchester United pada musim panas ini.
Pemain berusia 26 tahun itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan mempertimbangkan semula tawaran untuk menyertai United pada masa akan datang.
Pemain kebangsaan Perancis itu hampir berhijrah ke Old Trafford pada hujung musim lalu mengikuti jejak rakan baiknya, Paul Pogba.
Namun larangan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap Atletico Madrid menyebabkan dia memilih untuk kekal bersama pasukan sehingga awal Januari depan.
Romelu Lukaku pula meledak tiga gol dalam dua perlawanan dan amat selesa beraksi di samping Pogba. – MalaysiaGazete