MADRID – Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Julian Cadman dalam insiden rempuhan van di Barcelona terjawab apabila polis mengesahkan kanak-kanak itu merupakan antara 14 mangsa.

Menurut BBC News, perkara itu disahkan polis tempatan.

Julian disahkan mati dalam rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona pada Khamis lalu.

Julian dikatakan bercuti bersama ibunya, Jom Cadman.

Ibunya yang cedera dan berada dalam keadaan stabil kini berada di hospital.

Keluarga Julian dilaporkan berasal dari England namun menetap di Australia.

Bapanya, Andrew difahamkan berada di Barcelona pada hari Jumaat bagi mencari anaknya itu.

Setiausaha Luar British, Boris Johnson dalam akaun twitternya menyatakan rasa simpati kepada keluarga Julian dan menyifatkan kematiannya sebagai tragedi.

Sementara itu, jurucakap Menteri Luar memberitahu, pihaknya akan membantu keluarga Julian yang mempunyai dua kerakayatan, Bristish dan Australia.

Pihaknya, akan berkerjasama dengan rakan sejawat dari Australia dan pihak berkuasa Sepanyol. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast