Home Dunia Itali dilanda gempa bumi, seorang maut

Itali dilanda gempa bumi, seorang maut

Beberapa orang penduduk berada di kawasan runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Pulau Ischia, Itali. foto Agensi

ROM – Gempa bumi dengan 4.0 magnitud melanda Pulau Ischia, Itali, di luar pantai Naples pada malam Isnin, mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan lebih kurang 25 orang lagi ketika bangunan runtuh.

Kejadian itu menyebabkan penduduk dan pelancong menyelamatkan diri dengan berada di atas jalan raya.

Imej televisyen menunjukkan kira-kira enam bangunan di bandar Casamicciola serta gereja runtuh dalam gempa yang melanda pada jam 8:57 pagi. (1857 GMT).

Italy’s National Institute of Geophysics and Vulcanology (INGV) put the magnitude at 4.0 but both the U.S. Geological Survey (USGS) and the European quake agency, EMSC, estimated the magnitude at 4.3.

Institut Geofizik dan Vulcanologi Kebangsaan Itali (INGV) meletakkan magnitud pada 4.0 tetapi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan agensi gempa Eropah, EMSC, menganggarkan magnitud pada 4.3.

Pegawai Jabatan Perlindungan Awam Tempatan, Giovanni Vittozzi berkata, seorang wanita terbunuh apabila dihempap batu yang jatuh dari sebuah gereja.

Helikopter dan bot feri digunakan untuk membawa lebih ramai pasukan penyelamat dari tanah besar.

Roberto Allocca, seorang doktor dari hospital tempatan memberitahu televisyen Sky TG24 kira-kira 25 orang telah dirawat untuk kecederaan ringan.

Laporan televisyen berkata, bangunan yang runtuh kelihatan telah didiami dan kira-kira 10 orang masih belum ditemui.

Gempa melanda beberapa hari sebelum ulang tahun pertama gempa besar yang membunuh hampir 300 orang di tengah Itali, kebanyakannya di bandar Amatrice. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast