MANCHESTER – Manchester United mula membuat perancangan jangka panjang apabila dikatakan berminat mendapatkan seorang pemain muda sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos ini.
Ryan Sessegnon yang menyerlah bersama Fulham sepanjang musim lalu kini menarik minat Jose Mourinho.
Sebelum ini, pemain pertahanan yang baru berusia 17 tahun itu turut menjadi perhatian Tottenham Hotspurs dan Liverpool.
Tottenham sebelum ini telah membuat bidaan bernilai £25 juta namun Fulham enggan melepaskan pemain berkenaan.
Laporan Sky Sports menyatakan, United dijangka melakukan bidaan pada minit akhir sebelum jendela pemindahan pemain ditutup dan bersedia meminjamkan semula Sessegnon kepada Fulham. – MalaysiaGazette