BARCELONA – Polis Sepanyol menembak mati suspek utama yang terlibat dalam serangan di Barcelona, Khamis lalu.
Younes Abouyaaqoub dipercayai pemandu yang merempuh orang ramai di Las Ramblas hingga mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 100 mangsa.
Suspek ditembak mati berhampiran kawasan rawatan kumbahan, kira-kira 25 batu dari barat Barcelona selepas polis mendapat maklumat awam.
Abouyaaqoub didakwa memakai tali pinggang letupan palsu dalam perjalanan ketika polis tiba berhampiran kawasan Subirats, dekat dengan Sant Sadurní d’Anoia.
Seorang pekerja stesen minyak yang mengesan Abouyaaqoub telah membuat menelefon polis selepas mendapati dia bersembunyi di kebun anggur.
Selepas dia ditembak, pegawai pelupusan bom menggunakan robot untuk memeriksa tali pinggang letupan palsu, yang menyebabkan kelewatan sebelum kematian Abouyaaqoub kelahiran Maghribi dapat dikenal pasti secara rasmi. – MalaysiaGazette