Jacob dan Dylan dipangkuan ibunya, Christa

DETROIT – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Amerika Syarikat  berjaya menyelamatkan adiknya daripada mati lemas dalam kolam renang hanya dengan meniru aksi yang dilakukan idolanya, Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Kejadian berlaku baru-baru ini apabila Jacob O’Connor terlihat adiknya, Dylan O’Connor,8 terapung  dengan tidak sedarkan diri dalam kolam renang.

Jacob kemudian menarik adiknya ke darat dan meniru lakonan The Rock dalam filem San Andreas.

Dia menekan dada adiknya sama seperti aksi The Rock dalam filem tersebut.

Ibunya Christa O’Connor memberitahu BBC; “Saya kehilangan kata-kata. Saya betul-betul kagum dengan apa yang Jacob lakukan. Saya bangga dengan dia.”

Christa kemudiannya bertanya kepada anaknya itu bagaimana dia melakukannya.

“Amat memeranjatkan apabila Jacob berkata dia mengingati aksi dalam filem yang dia tonton minggu lepas,” tambahnya lagi.

Menerusi filem itu, Jacob sebenarnya meniru aksi The Rock menyelamatkan anak perempuan.

“Saya amat takut bila lihat adik saya tidak sedar diri dalam kolam renang. Dalam filem kegemaran saya, San Andreas ada menunjukkan cara menekan dada (CPR). Saya ingat dan saya lakukan kepada adik saya,” jelas Jacob.

Ketika kejadian, Jacob dan Dylan berada dirumah neneknya ketika ibu mereka pergi bekerja.

Bagaimanapun dua beradik itu menyelinap keluar tanpa disedari neneknya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast