Jack Bobridge

CANBERRA – Pemenang dua pingat di temasya Olimpik acara berbasikal, Jack Bobridge ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah.

Bobridge, 28, ditahan ditahan di Perth pada hari Rabu lalu atas lima pertuduhan menjual dan mengedar dadah jenis methamphetamin, kokain, kanabis dan MDMA.

BBC News melaporkan, dia direman pada hari Khamis dan akan dibicarakan bulan hadapan.

Bobridge mengumumkan persaraanya tahun lepas kerana masalah rheumatoid arthritis.

Polis turut menggeledah rumah dan gimnasiumnya di kawasan perkampungan di Perth.

Bobridge pernah menyertai tiga siri sukan Olimpik dan memenangi perak dalam acara team pursuit pada kejohanan 2012 dan 2016.

Selain itu, dia pernah memenangi tiga emas dalam Sukan Komanwel melalui acara trek selain memecah rekod dunia untuk katogeri 4km individu pursuit pada tahun 2011.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast