THAILAND – Mahakamah Agung Thailand mengeluarkan waran tangkap kepada bekas perdana menteri, Yongluck Shinawatra semalam.
Ia berikutan kegagalan Yongluck menghadirkan diri ke mahkamah bagi menerima keputusan berkenaan tuduhan cuai terhadapnya.
Akibat tindakan menghilangkan diri tersebut, kerajaan mengarahkan pihak berkuasa keselamatan membuat kawalan di seluruh sempadan bagi mengelak Yingluck daripada melarikan diri ke luar negara.
“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa mengesan lokasi dan sahkan sama ada beliau betul-betul sakit,” memetik laporan Bangkok Post, Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha sebagai berkata.
Terdahulu, pihak peguam Yingluck mendakwa kesihatan beliau berada dalam keadaan yang tidak memuaskan akibat penyakit Meniere yang menghalangnya untuk hadir ke mahkamah.
Yingluck berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah dalam kes kecuaian skim subsidi beras yang menyebabkan kerugian berbilion dolar kepada negara.-MalaysiaGazette