Korea Utara pada awal pagi Sabtu melancarkan beberapa pelu berpa ndu balistik jarak dekat ke laut mencetuskan kemarahan AS dan Korea Selatan. Reuters

KOREA SELATAN – Korea Utara melancarkan beberapa lagi peluru berpandu berjarak dekat ke laut dari pantai timur.

Korea Selatan dan tentera Amerika Syarikat mendakwa peluru berpandu itu dilancarkan semasa kedua-dua sekutu itu menjalani latihan ketenteraan bersama tahunan sebagai persiapan perang.

Komander Pasifik tentera AS mendakwa pihaknya mengesan tiga lagi peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilancarkan selama 20 minit.

Semua peluru berpandu itu gahal dengan salah satunya meletup hampir serta merta setelah dilancarkan, manakala dua lagi gagal semasa di ruang udara.

Ketua Pegawai Kanan Bersama di Pejabat Korea Selatan mendakwa peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Timur Kangwon di utara dan terbang ke arah timur laut sekitar 250 kilometer ke laut.

Perintah Pasifik mengatakan peluru berpandu itu tidak menimbulkan ancaman ke tanah besar AS atau kawasan Guam di wilayah pasifik yang diancam Korea Utara awal Ogos ini untuk mengepung kawasan itu.

Ketegangan reda sedikit sejak pertukaran kenyataan antara Pyongyang dan Washington selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un akan berdepan kemarahan sekiranya mengancam AS.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast