KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana 5.2 skala Richter melanda selatan Jawa, Indonesia pada jam 8.02 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa itu ialah 308 kilometer (km) barat daya Blitar, Indonesia dan 1,292 km tenggara Tebedu, Sarawak.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman tsunami, katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast