SEOUL – Seorang lelaki berusia 73 tahun disaman kerana menyebar fitnah melalui media sosial kononnya isteri bekas presiden Korea Selatan, Lee Hee-ho telah mengahwini legenda rap terkemuka, Dr. Dre.
Fitnah itu mengaitkan perkahwinan yang membolehkan Lee melangsai hutang mendiang Kim Dae-jung, lapor BBC.
“Khabar angin yang menyatakan perkahwinan itu bagi melunaskan hutang adalah sangat tidak berasas,” jelas hakim Lee Eun-hee yang meluluskan saman bernilai 5 juta Won Korea (RM18,779).
Dr Dre atau nama sebenarnya Andre Romelle Young merupakan antara artis terkaya di dunia.
Lee pula kini berusia 95 tahun merupakan wanita pertama Korea Selatan bagi tahun 1998 hingga 2003.
Suaminya meninggal pada tahun 2009. – Agensi