TEXAS – Semua penduduk yang tinggal dalam jarak 1.5 batu (2.4 km) dari kilang kimia di tenggara Texas diminta berpindah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan risiko letupan.
Arahan itu dikeluarkan oleh jabatan bomba tempatan menerusi Twitter.
Terdahulu pada hari Selasa, pemilik loji itu, Arkema SA, dalam kenyataannya memberitahu keadaan di kilangnya, Crosby, Texas, “telah menjadi serius” dan memindahkan semua kakitangannya dari kawasan tersebut. – MalaysiaGazette