Home Dunia Transgender tentera AS boleh berkhidmat sehingga wujud polisi baharu

Transgender tentera AS boleh berkhidmat sehingga wujud polisi baharu

Terdapat kira-kira 15,000 orang transgender dalam tentera Amerika Syarikat. foto Agensi

WASHINGTON – Dasar semasa berhubung penyertaan transgender dalam tentera Amerika Syarkat masih diguna pakai sehingga Presiden Donald Trump memberi arahan baharu terhadap larangan berhubung komuniti itu.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dalam kenyataannya berkata, panel pakar yang berkhidmat di Jabatan Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri akan diwujudkan untuk memberi cadangan mengenai pelaksanaan larangan itu.

Beliau akan menasihati presiden selepas panel-panel berkenaan melaporkan cadangan itu dan dalam dasar interim semasa dengan mengambil kira keanggotaan kelompok transgender yang masih dalam perkhidmatan.

Trump telah menandatangani satu memorandum dengan mengarahkan tentera Amerika Syarikat supaya tidak menerima lelaki dan wanita transgender dan menghentikan penggunaan dana kerajaan untuk pembedahan seksual bagi kakitangan aktif melainkan proses itu sudah berjalan.

Seorang pegawai White House yang memberi taklimat kepada pemberita mengenai memo itu menolak untuk menentukan sama ada lelaki dan wanita transgender yang kini aktif dalam tentera dapat terus berkhidmat berdasarkan kriteria tersebut.

Memo itu meminta Mattis mengemukakan pelan kepada Trump pada 21 Februari depan bagaimana perubahan tersebut dapat dilaksanakan.

Mattis berkata, beliau akan mengeluarkan panduan lain termasuk apa-apa pelarasan interim yang diperlukan untuk prosedur bagi memastikan kesediaan pertempuran pasukan tentera berterusan sehingga polisi yang dimuktamad dikeluarkan.

Arahan Trump itu telah mewujudkan ketidakpastian bagi beribu-ribu anggota perkhidmatan transgender, yang kebanyakannya memohon selepas Pentagon membenarkan individu transgender berkhidmat secara terbuka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast