Home Dunia Rundingan bukan lagi jawapan – Trump

Rundingan bukan lagi jawapan – Trump

Donald Trump. foto The Sun

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata, rundingan bukan lagi jawapan ketika berhadapan dengan operasi ketenteraan Korea Utara.

“Amerika Syarikat sudah berunding dengan Korea Utara dan membayar wang pemerasan selama 25 tahun,” kata Trump melalui Twitter.

Tetapi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis semalam menegaskan masih ada ruang untuk diplomasi dengan Pyongyang.

Korea Utara berkata, bedilan peluru berpandu melintasi Jepun pada hari Selasa lalu merupakan langkah pertama operasi tentera di Pasifik.

Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson melalui telefon bahawa sebarang penguatkuasaan sekatan terhadap Korea Utara akan menjadi lebih produktif.

Selasa lalu, Pyongyang sekali lagi melancarkan peluru berpandu di utara Pulau Hokkaido Jepun, mencetuskan kebimbangan sebelum ia mendarat di dalam laut.

Bercakap pada pertemuan di Pentagon dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Song Young-moo, Mattis berkata, “Kami tidak pernah keluar daripada penyelesaian diplomatik.”

Bagaimanapun, Rusia mendakwa aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat di rantau itu telah mencetuskan keetegangan dan mengekang rundingan.

Lavrov menegaskan pendekatan diplomasi adalah satu-satunya cara untuk mengatasi ketegangan di Semenanjung Korea yang semakin meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast