MUMBAI: Lebih 30 orang dikhuatiri maut dalam operasi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah bangunan roboh semalam akibat hujan lebat selama dua hari.

Sejak tengah hari semalam, sepuluh mayat dilaporkan ditemui selain belasan yang lain berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut.

“Operasi menyelamat sedang berjalan. Kami menghantar 12 kenderaan pemadam kebakaran ke lokasi kejadian.

“Ambulans juga dalam keadaan bersedia untuk membawa mangsa yang terkorban ke hospital,” kata seorang petugas operasi, memetik laporan Reuters.

Insiden bangunan roboh di Mumbai dikatakan sama dengan yang berlaku pada 17 Jun lepas, apabila 17 orang maut tertimbus bangunan empat tingkat yang dipercayai roboh akibat renovasi bangunan yang tidak mengikut piawaian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast