U.S. Air force military police stands guard near the one of four U.S. F-22 stealth fighter after landing at Osan Air Base in Pyeongtaek, South Korea, Wednesday, Feb. 17, 2016. Four U.S. F-22 stealth fighters flew over South Korea on Wednesday in a clear show of power against North Korea, a day after South Korea's president warned of the North's collapse amid a festering standoff over its nuclear and missile ambitions. (AP Photo/Lee Jin-man)

SEOUL – Pesawat pengebom dan jet pejuang Amerika Syarikat milik tentera negara itu dilaporkan mengambil bahagaian dalam latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.

Latihan tersebut dikatakan sebagai aksi mempamer kekuatan ketenteraan kepada ‘musuh ketat’ Korea Selatan, Korea Utara pada Khamis lepas.

“Pasukan udara Korea Selatan dan AS melakukan latihan udara sebagai reaksi pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara dan perkembangan senjata nuklear mereka.”

Demikian menurut kenyataan tentera Korea Selatan memetik laporan AFP.

Dua pengebom “Lancer” B-1B dari Guam dan empat pesawat tempur F-35B dari pangkalan marin Iwakuni di Jepun terlibat dalam latihan tersebut.

Ketegangan yang semakin memuncak anatra Korea Utara dan Korea Selatan bersama sekutunya AS, Washington didesak agar tidak menggunakan kekerasan terhadap Korea Utara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast