HOUSTON – Ribuan orang awam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke pusat pemindahan sementara berikutan banjir yang melanda akibat ribut tropika Harvey.

Sekurang-kurangnya empat masjid di kawasan Houston yang berdaftar dengan Persatuan Islamik Houston dijadikan pusat pemindahan.

Salah satu daripadanya adalah Pusat Islamik Brand Lane di Stafford kawasan selatan Houston.

“Pada awalnya kami hanya menerima enam sekeluarga, namun kini jumlahnya mencecah 90 orang,” kata Pengarah pusat itu, Shaizad Chatriwala kepada CNN.

Chatriwala memberitahu, masjid berkenaan mampu memuatkan sehingga 100 orang.

Ramai orang yang mencari tempat berlindung buat sementara, terutama yang tinggal berdekatan Sugarland.

Chatriwala memberitahu, kebanyakkan mangsa datang sehelai sepinggang dan pihak masjid menyediakan makanan, pakaian serta buku dan mainan buat kanak-kanak hasil derma daripada komuniti setempat.

Ramai yang datang menghulurkan bantuan setelah berita mengenai masjid itu tersebar di media sosial.

Persatuan Islamik itu akan berkerjasama dengan Baitulmal untuk membantu mangsa bencana dengan menyediakan makanan, pakaian, minuman dan barangan kebersihan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast