MEXICO CITY – Mexico dan Kanada akan kekal dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta) meskipun pentadbiran Trump meninggalkan pakatan tersebut, kata Menteri Ekonomi Mexico, Ildefonso Guajardo.
“Nafta akan meneruskan hubungan dengan Mexico dan Kanada.
“Hanya jiran kami, Amerika Syarikat yang mungkin meninggalkan pakatan tersebut,” katanya semasa satu majlis di Mexico City.
Guajardo berkata demikian sehari sebelum perunding dari Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bertemu di Mexico City untuk mengemas kini kerja-kerja berkaitan dengan pakatan perdagangan berusia 23 tahun itu.
Presiden Donald Trump mengancam untuk meninggalkan pakatan tersebut sekiranya rundingan berkenaan tidak memuaskan hatinya.
Rundingan di Mexico City merupakan pusingan kedua memperbaharui Nafta selepas mesyuarat diadakan di Washington dua minggu lalu.
Trump mendakwa pakatan tersebut memberi risiko pekerjaan dan kapasiti industri kepada Amerika Syarikat sementara Mexico berkata, integrase serantau menjadikannya lebih kompetitif dan membantu melindungi pekerjaan. – MalaysiaGazette