HANGZHOU – Kalau anda fikir telefon bimbit anda adalah cara paling moden untuk melakukan pembayaran, maka lupakan. Kini dengan wajah anda, anda boleh membayar bil anda.
Bermula Jumaat lalu, syarikat e-perdagangan terbesar China, Alibaba melancarkan perkhidmatan itu di Hangzhou lapor CNN.
Pelancaran ini dilihat sebagai contoh pertumbuhan tekonologi untuk sektor ekonomi dan agensi kerajaan meskipun ia dibangunkan dalam negara yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.
Pelancaran pertama di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) itu dikenali sebagai KPro.
Pelanggan cuma perlu memesan makanan di terminal yang disediakan dan mesin itu akan mengesan wajah pelanggan.
Jika wajah pelanggan sama seperti imej yang tersimpan dalam sistem, pelanggan seterusnya akan mengesahkan pesanan dan bayaran melalui nombor telefon mereka.
Sistem ini diasaskan oleh Ant Financial yang menyediakan sistem bayaran melalui platform Alipay, yang mana sehingga kini terdapat setengah juta pengguna seluruh dunia dan orang ramai boleh mendaftar wajah mereka dengan aplikasi dari China itu.
Ant Financial akan memastikan keselamatan pengguna teknologi.
Perisian yang disediakan akan menganalisis wajah pelanggan dengan menggunakan kamera 3 dimensi dan menggunakan algoritma secara langsung untuk memastikan pelanggan tidak menipu dengan menggunakan wajah atau identiti orang lain. – Agensi