Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Gerakan Aktivis Harapan (GAH) membidas ketuanya sendiri ekoran kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merestui usaha kerjasama PKR dengan Pas.

Salah seorng jurucakapnya, Zanirun Baba berkata, merestui tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbincang dengan Pas tidak ubah seperti permit menghalalkan hubungan gelap dengan Pas walapun presidenya sudah menandatangani persetujuan untuk menolak sebarang rundingan dengan Pas.

“Daripada kenyataan itu, GAH melihat seolah-olah Anwar mahu membuka semula sekatan yang telah dipersetujui PH untuk membolehkan Azmin Ali mengadakan rundingan semula bersama Pas atas alasan kerangka (framework) di dalam PH.

“Persoalannya kerangka itu telah pun wujud keluarga besar di dalam PH dan segala gerak kerja pilihanraya adalah secara muafakat didalamnya. Apakah ini kurang jelas? Kerangka apakah yang mahu dirumitkan lagi?

“Anwar membangkitkan isu tidak sempat mengadakan EGM atau Kongres Khas dan ia tidak mengubah dasar. Bagaimana Ketua Umum tahu dasarnya kekal atau tidak sedangkan kongres ini sememangnya bertujuan menentukan halatuju iaitu polisi bagi memantapkan rundingan kerjasama politik antara parti-parti poltik diluar PKR,” katanya.

Menurut Zanirun, umum mengetahui bahawa Pas bukan sekadar menyindir, menghina malah menolak secara rasmi melalui muktamarnya untuk berpisah dengan PKR.

Umum juga mengetahui Pas mempunyai hubungan lebih akrab dari segi politik dan strategiknya dengan UMNO, katanya.

“Apakah parti pimpinan Anwar sudah hilang daya saingan, nilai dan maruah kerana hanya kebulur, terliur bagai orang hilang pedoman menanti harapan daripada bekas pasangan yang sudah bercerai?” soalnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. anwar dah cakap itu pandangan dia yang tidak mengatasi keputusan majlis presiden. itu pun kalau pas ingin berunding. makna nya sekarang pas dah tutup pintu isu ini tak perlu dibangkit lagi. . tak tahu lah kot ada budha malaysia yamg sanggup menyembah maknusia demi kuasa.

Comments are closed.