Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam.

IPOH – Kementerian Kesihatan menerima permohonan maaf maaf oleh portal The Independent.sg berhubung berita palsu yang disiarkannya yang melibatkan kematian seorang warganegara Singapura di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu, Johor.

Perkara tersebut disahkan menterinya, Datuk Seri Dr. S Subramaniam yang mengatakan kementerian tersebut telah menerima permohonan maaf dengan hati yang terbuka.

“Hari ini portal tersebut telah membuat permohonan maaf di atas laporan mereka dan kami okay (dengan permohonan maaf tersebut).

“Tambahan pula, laporan berita berkenaan telah pun ditarik balik daripada portal tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen MIC Perak di sini hari ini.

Portal berita berkenaan melalui satu posting di laman webnya membuat permohonan maaf kepada pihak yang berkenaan.

Notis permohonan maaf tersebut telah menggantikan posting asal bertajuk “Rakyat Singapura berusia 25 tahun mati di selepas hospital Malaysia meminta deposit sebelum membuat rawatan” yang disiarkan pada 31 Ogos lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast