WASHINGTON – Kata-kata dan tindakan Korea Utara berbahaya kepada Amerika Syarikat, kata Donald Trump di Twitter dalam reaksi pertama selepas Pyongyang mengesahkan melakukan ujian bom hidrogen pagi tadi.
“Korea Utara adalah negara penyangak yang telah menjadi ancaman besar dan memalukan China, yang cuba membantu tetapi kurang berjaya,” kata Trump dalam Tweet kedua.
White House berkata, pasukan keselamatan nasional “memantau perkembangan ini dengan berhati-hati” dan presiden akan mengadakan pertemuan dengan penasihatnya.
Korea Utara berkata, ia telah menguji bom hidrogen untuk peluru berpandu jarak jauh, menimbulkan ‘gempa kuat’, yang mana pegawai-pegawai Jepun dan Korea Selatan berkata, gegaran adalah sekitar 10 kali lebih kuat berbanding ujian nuklear terakhir setahun yang lalu.
Tiada pengesahan bebas bahawa letupan itu adalah bom hidrogen dan bukannya senjata atom yang kurang berkuasa pernah diuji Pyongyang pada masa lalu. – MalaysiaGazette