KUALA LUMPUR – Portal dari Singapura, The Independent memohon maaf kepada pihak berkenaan berhubung penyiaran berita palsu mengenai kematian seorang warganegara Singapura yang dilanggar lari di Johor Bharu, Johor.

“Kami memohon maaf kepada pihak berkenaan kerana kesengsaraan akibat kejadian tersebut, Ikhlas, Penerbit,” katanya dalam laman web tersebut.

Laman web yang menyiarkan laporan kononnya, Justanian Tan tidak mendapat rawatan daripada Hospital Sultanah Aminah kerana tidak membayar deposit terlebih dahulu sehingga menyebabkan kematiannya sudah tidak boleh diakses dari Malaysia.

Artikel mengenai kematian Justanian akibat kononnya kecuaian Hospital Sultanah Aminah juga telah dipadam dan digantikan dengan permohonan maaf berkenaan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia menghantar surat rasmi kepada Singapura. – MalaysiaGazette