PETALING JAYA – Sudahlah didakwa putus tunang, teman wanitanya datang ke rumah di sini untuk ‘membawa lari’ barangan hantaran termasuk cincin dan gelang.

Antara yang dicuri termasuklah televisyen, pemancar suara, dua bentuk cincin, seutas gelang, beg tangan, minyak wangi, seutas jam tangan dan sekotak teh.

Mangsa, seorang kontraktor kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara kerana telah kerugian besar dalam kes kecurian itu.

Difahamkan, laporan dibuat mangsa pada 2 September iaitu dua hari selepas barangan tersebut dicuri.

Salinan laporan polis berhubung kes kecurian itu telah dimuat naik oleh rakan mangsa menerusi Twitter.

Mangsa menyedari barangan tersebut dicuri pada 31 Ogos lalu pada pukul 2.30 petang apabila dia pulang ke rumah sewanya.

Mangsa mengesyaki kejadian itu angkara bekas tunangnya kerana bekas tunangnya itu mempunyai kunci pendua rumah berkenaan.

Ekoran kejadian mangsa telah cuba menelefon bekas tunangnya, namun panggilan telefonnya telah dihalang.

Berdasarkan entri oleh rakan mangsa, majlis akad nikah sepatutnya berlangsung hari ini disebuah hotel.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast