LONDON – Dele Alli mencetuskan kontroversi apabila dilihat melakukan isyarat tidak senonoh ketika kemenangan England 2-1 ke atas Slovakia di Wembley, pagi tadi.
Ini kerana perbuatan pemain Tottenham Spurs isyarat jari tengah itu seolah ditujukan kepada pengadil Perancis, Clement Turpin.
Namun Alli tampil mempertahankan dirinya di laman sosial Twitter miliknya.
“Saya hanya nak menjelaskan, isyarat malam ini adalah gurauan antara saya dan kawan baik saya, Kyle Walker! Saya minta maaf jika ada yang tersinggung!”, jelasnya.
Namun, Fifa menegaskan bahawa isyarat itu ditujukan kepada pengadil dan ia akan menyebabkan Alli berisiko digantung untuk tiga perlawanan.
Ia termasuk dua perlawanan akhir kelayakan menentang Slovenia dan Lithuania serta perlawanan pertama Piala Dunia musim depan sekiranya England layak.
Pada Jun, Lionel Messi juga dilarang untuk beraksi dalam empat perlawanan kerana menghina pembantu pengadil.
Ini menunjukkan Fifa benar-benar menganggap perbuatan seumpama itu adalah serius. – MalaysiaGazette