MANCHESTER – Bekas penyerang Manchester United dari Sweden, Jesper Blomqvist percaya rakan senegaranya, Victor Lindelof akan menjadi pemain hebat di Old Trafford namum dia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri di sana.
Lindelof masih belum membuat penampilan pertamanya di Liga Perdana untuk Red Devils selepas ketibaannya pada musim panas ini dengan nilai £40 juta dari Benfica.
Ini kerana pengurus Jose Mourinho lebih berminat untuk memberi peluang kepadanya menyesuaikan diri dengan baik terlebih dahulu.
Blomqvist memainkan peranan penting daripada kemenangan United yang memenangi tiga kejuaraan (juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga Juara-Juara) pada tahun 1999 berkata, rakan senegaranya yang berusia 23 tahun itu akan mendapat manfaat daripada proses perpindahannya ke United.
Lindelof dijangka akan diturunkan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Basel di Old Trafford pada 12 September ini kerana penggantungan Eric Bailly dan Phil Jones.
Blomqvist mempertahankan pemain pertahanan itu untuk mendapatkan tempatnya dalam tempoh yang lebih lama berikutan kesukaran dalam beberapa perlawanan ketika jelajah pramusim.
United membeli Blomqvist sebagai ‘backup’ kepada Ryan Giggs pada tahun 1998 dengan bayaran sebanyak £4.4 juta dari Parma sebagai pemain di posisi sayap kiri.
Dia menjaringkan gol tunggalnya untuk kelab dalam kemenangan 4-1 ke atas Everton selain hampir menjaringkan gol di perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum tempatnya digantikan oleh Teddy Sheringham yang kemudian menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan setelah gol awal Bayern.
United memenangi perlawanan itu dengan 2-1.
Kerana kecederaan lutut serius, Blomqvist tidak bermain bola sepak selama dua musim selepas itu, yang mengakibatkan Manchester United memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dan akhirnya dia berpindah ke Everton. – MalaysiaGazette