Home Dunia Taufan Irma ancam Caribbean

Taufan Irma ancam Caribbean

Para pekerja bersiap sedia untuk menyimpan bot-bot di dermaga menjelang persediaan Taifan Irma yang dijangka melanda Caribbean di selatan Amerika Syarikat. foto Reuters

PUERTO RICO – Taufan Irma yang melonjak ke tahap ribut kategori berbahaya mula melanda kepulauan Leeward mencetuskan amaran dari Caribbean ke Florida yang diumumkan dalam darurat.

Pusat Taufan Kebangsaan berkata, ribut itu membawa angin selaju 215 kilometer sejam dan dijangka lebih kuat dalam tempoh 48 jam akan datang.

Tahap ribut itu mampu merosakan struktur dan infrastruktur – dengan lain perkataan ia boleh merosakkan bumbung, tingkat, menjatuhkan pokok dan membunuh manusia.
ok sawit dan mengubahnya menjadi projektil yang dapat membunuh orang.

Kekuatan angin kategori empat adalah maksimum Taufan Harvey, yang baru-baru ini menghancurkan bahagian Texas dan Louisiana.

Taufan Irma dijangka melanda kepulauan Leeward, di timur Puerto Rico pada lewat malam Selasa atau awal Rabu, mampu meningkatkan paras air sehingga tiga meter melepasi paras normal, jumlah hujan naik kepada 25 sentimeter serta ombak besar dan kuat.

Puerto Rico yang merupakan wilayah Amerika Syarikat mempunyai 3.5 juta penduduk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast