LONDON – Pasukan Formula 1, McLaren dipercayai dalam proses untuk memutuskan kerjasama Honda sebagai rakan enjin rasminya.
SkySports difahamkan, satu pengumuman mengesahkan perpisahan McLaren dari Honda boleh berlaku seawal minggu ini.
Namun, berita mengenai pengganti Honda yang akan bekerjasama dengan McLaren belum dipastikan lagi.
Bagaimanapun, pasukan itu memberitahu, SkySports sangat pasti Fernando Alonso akan terus kekal bersama pasukan itu musim hadapan.
Aksi Alonso dan rakan sepasukannya Stoffel Vandoorne yang menamatkan saingan Grand Prix Terbuka Itali pada Ahad lalu, prestasinya disifatkan sebagai mengecewakan.
“Kita perlu lebih kompetitif,” kata Presiden pasukan McLaren Zak Brown kepada SkySports F1 baru-baru ini.
McLaren mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Renault semasa GP Terbuka Itali tetapi syarikat Perancis itu sudah menjalin kerjasama dengan tiga pasukan F1 dan dilihat sukar untuk menambah klien baharu. – MalaysiaGazette