KUALA LUMPUR – Teka teki bila bekas suami Erra Fazira, Engku Emran akan menikahi pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella terjawab hari ini apabila kedua mereka selamat bernikah dengan sekali lafaz kira-kira jam 6.57 petang tadi.

Pada majlis itu Emran menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Emran dalam kenyataan kepada media berharap berita pernikahan itu dapat meredakan spekulasi hubungan mereka sebelum ini.

“Terima kasih kerana memberi ruang kepada kami berdua untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.

“Kami amat hargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah dan jodoh kami kekal ke akhir hayat,” katanya.

Kenyataan itu diedarkan lewat petang tadi.

Menurut portal hiburan Indonesia Liputan 6, teman artis seperti Zaskia Sungkar dan Melly Geoslow sudah berada semalam di ibu negara seperti mana yang dilihat menerusi insta story menerusi akaun instgram mereka.

Sumber portal itu lagi menyatakan pernikahan akan berlangsung di Element Kuala Lumpur by Westin dengan hanya 100 undangan khas.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast