KUALA LUMPUR – Rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia, Seoul Garden membuka cawangan terbaru di Melawati Mall di sini sempena meraikan ulang tahun ke-10.
Pengarah Urusannya, Desmond Lim berkata, Seoul Garden kini merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea apabila memiliki 34 cawangan berkonsepkan bufet dan 12 cawangan berkonsep ala-carte ‘hot pot’.
Selain itu jelasnya, Seoul Garden akan terus komited memperkenalkan makanan yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia.
“Seoul Garden kini juga menyediakan daging perapan yang istimewa kepada pelanggan-pelanggan, iaitu seperti daging perapan perisa kopi, spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.
“Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet kami adalah lebih dari 150 jenis pilihan.
“Selain daripada konsep steamboat dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi,” katanya pada majlis pembukaan di Melawati Mall baru-baru ini.
Seoul Garden telah beroperasi di negara ini sejak tahun 2007 dan sehingga kini, restoran itu telah pun mempunyai lebih daripada 70 buah restoran di tujuh buah negara; Malaysia, Singapura, Philippines, Vietnam, Indonesia, Mynmar dan Brunei.
Sementara itu, Lim menambah, dengan adanya cawangan di Melawati Mall, ia merupakan cawangan pertama Seoul Garden di Malaysia yang memberikan konsep baru kepada pelanggan.
Katanya, konsep itu mempunyai kelebihan apabila menggunakan sistem infra merah dan ternyata lebih mesra pelanggan.
Ujarnya, Seoul Garden juga memberi kelebihan daripada segi steamboat dan barbeku apabila mempunyai dua bahagian sup (steamboat) yang berbeza dan di tengah-tengahnya merupakan tempat untuk barbeku.
“Konsep ini lebih kontemporari dan memberikan lebih keselesaan kepada pelangan kami.
“Jadi 2017 merupakan tahun yang amat bermakna kepada Seoul Garden kerana merupakan ulang tahun Seoul Garden yang ke-10 dan kami amat berbesar hati dengan sokongan yang telah kami terima selama ini.
“Seoul Garden kini mensasarkan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memastikan semua orang berpeluang untuk mencuba makanan yang disediakan oleh kami,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Seoul Garden kini telah pun mendapat pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pensijilan ini menandakan komitmen Seoul Garden bagi menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan kami.
Sehingga kini, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan Pensijilan Halal dari JAKIM.
“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.
“Persijilan Halal dari JAKIM adalah bukti komitmen yang tinggi dari kami kepada hampir 80 peratus pelanggan Melayu kami bahawa kami sangat komited dalam memberikan yang terbaik kepada mereka serta memenuhi standard yang ditetapkan.
“Selain daripada itu, Seoul Garden akan terus mengekalkan pensijilan Halal ini dan akan sentiasa mengharapkan dengan adannya pensijilan Halal ini ianya akan dapat memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu,” kata Lim
Antara tetamu-tetamu yang hadir di pembukaan rasmi Seoul Garden Melawati Mall ialah Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group Pte Ltd; Encik Andrew Lee, penyanyi terkenal; Sufian Suhaimi, pengacara TV; Fiza dan 30 anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong. – MalaysiaGazette