BANGLADESH – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bantuan segera berjumlah AS$77 juta bagi membantu penduduk Islam Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus dua minggu lalu.
Kira-kira 290,000 Rohingya dikatakan telah melarikan diri dari negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak 25 Ogos.
Terdapat keperluan terdesak untuk makanan, air dan perkhidmatan kesihatan untuk pelarian yang baru tiba di Bazaar Cox, tambah PBB.
Pelarian yang melarikan diri mendakwa kediaman di kampung-kampung mereka telah dibakar oleh tentera Myanmar.
Keganasan bermula pada 25 Ogos lalu apabila pemberontak Rohingya menyerang polis di negeri utara Rakhine Myanmar.
Penduduk Rohingya – minoritinya tanpa kerakyatan dan beragama Islam.
Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan keganasan yang didakwa penduduk Rohingya tetapi menyatakan tenteranya memerangi ‘pengganas’ Rohingya.
Sebahagian besar pelarian yang tidak ada tempat perlindungan kini berada di sepanjang jalan sambil menunggu trak-trak makanan tiba.
Penyelaras Penduduk PBB di Bangladesh, Robert Watkins berkata, jumlah pelarian yang memasuki sempadan Bangladesh tidak henti-henti.
“Mereka ini perlu diberi bantuan kerana kebanyakan mereka datang tanpa membawa apa-apa,” katanya sambil memberitahu agensi itu perlu membina 60,000 tempat perlindungan, selain makanan, air bersih dan perkhidmatan kesihatan. – MalaysiaGazette