Video yang didedahkan oleh Korea Utara menunjukkan Kim Jong-un berada di lokasi yang dirahsiakan. foto Agensi

LONDON – Britain mengesyaki Korea Utara mampu membangunkan senjata nuklear dengan pantas menerusi bantuan teknologi yang diterima secara rahsia dari Iran dan Rusia.

Akhbar The Telegraph memetik Pegawai Luar Negara dan Komanwel (FCO) berkata, FCO sedang menyiasat sama ada ‘senario nuklear terkini dan sebelum ini’ membantu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, membangunkan peledak nuklear.

Iran dipercayai menjadi penyumbang terbesar disusuli Rusia, menurut akhbar itu. Namun akhbar itu tidak membuat laporan terperinci.

“Saintis Korea Utara adalah individu yang mempunyai keupayaan, tetapi jelas mereka tidak melakukan semuanya,” kata pegawai FCO itu.

Terdahulu, Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson berkata, siasatan sedang dilakukan bagaimanan Korea Utara boleh mewujudkan keupayaan teknologi pada kadar yang pantas.

“Kami melihat kepada kemungkinan peranan lain yang ada,” kata Johnson. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast