SINGAPURA – Pekerja yang bekerja di dalam bangunan “hijau” dilihat kurang menderita akibat keletihan melampau, sakit kepala dan kegatalan kulit, demikian menurut satu kajian yang menunjukkan manfaat bangunan sedemikian selain mampu menjimatkan tenaga.

Hasil kajian ini didedahkan oleh Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan (BCA), Singpura semasa pembukaan Minggu Bangunan Hijau dengan tujuan untuk menggandakan usaha pembinaan bangunan mesra alam.

Kajian tersebut dikendalikan oleh BCA dan National University of Singapore terhadap lapan bangunan pejabat yang diberi pensijilan Green Mark yang mempunyai rekaan lestari dan enam bangunan yang tidak mempunyai sijil berkenaan.

Kajian tersebut yang bermula sejak Januari 2014 berlanjuntan selama tiga tahun setengah mendapati terdapat ketidaksamaan dalam bangunan dengan menggunakan paras PM2.5 (kandungan partikel mikroskopik yang menjejaskan kesihatan manusia).

Bangunan-bangunan dengan pensijilan Green Mark mampu mengekalkan PM2.5 partikel dan partikel-partikel halus lain seperti bakteria dan kulat disebabkan mempunyai penapis yang lebih baik.

Kaji selidik yang dijalankan terhadap penghuni mendapati sesiapa yang bekerja di bangunan dengan pensijilan Green Mark lebih berpuas hati dengan suhu, kelembapan, cahaya, kualiti udara dan persekitaran dalam bangunan, kata BCA.

“Sebagai sebuah badan berkuasa terhadap bangunan, kami memulakan perjalanan bangunan hijau ini dengan memberi fokus kepada perkakasan bangunan dan bagaimana untuk membina bangunan yang lebih berkesan dari segi rekaan dan pembinaan,” kata jurucakap BCA. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast