KUALA LUMPUR – Selepas dua minggu bergelar ibu, bintang tenis dunia, Serena Williams buat pertama kalinya berkongsi gambar bayi perempuannya di media sosial.
Pada 1 September lalu, pemain Amerika Syarikat (AS) itu selamat melahirkan bayi sulungnyatetapi tidak mendedahkan jantina anaknya itu.
Serena, 35, dan kekasihnya Alexis Ohanian hanya berkongsi kegembiraan dengan pengikut mereka di laman Instagram apabila memuatnaik gambar bayi perempuan mereka.
“Saya perkenalkan Alexis Olympia Ohanian Jr,” tulisnya pada laman sosial Instagram miliknya.
Bermula dengan gambar imbasan bayi, Serena juga berkongsi beberapa gambar baby bump selain video pergerakan bayinya semasa di dalam perut.
Serena turut memberitahu dia menerima rawatan di hospital selama enam hari selepas bersalin. MalaysiaGazette