KUALA LUMPUR – Berita kematian sahabatnya Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi hanya diketahui apabila kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyya diumumkan guru di sekolahnya.

Pastinya berita duka itu meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada Mohd Iqram Haziq , 12, dan Ahmad Haikal Ali Jama Ali, 13, kerana tidak pernah menyangka sahabat mereka tiada dalam sekelip mata.

Iqram dan Haikal sememangnya tidak dapat menahan kesedihan sehingga air mata mereka tumpah sepanjang pengkebumian jenazah Harith Adam bersama 11 yang lain di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Batu Caves.

Iqram yang ditemui MalaysiaGazette memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan Adam adalah pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Saya main bola dengan dia. Lepas tu dia balik ke tahfiz. Dengar berita tahfiz dia terbakar.

“Dia kawan baik tapi dia mati terbakar pula,” ujarnya sebak.

Haikal pula memberitahu kali terakhir dia berjumpa dengan Adam adalah Jumaat lalu.

Kali terakhir mereka berjumpa dia sekadar ternampak Adam namun tidak berbual.

Namun berita kematian ini benar-benar meninggalkan kesan kepadanya.

“Saya tahu masa di sekolah. Ada cikgu beritahu ada bekas pelajar dia meninggal dunia. Bila dia sebut nama dia, saya kenallah.

“Lepas balik dari sekolah saya beritahu emak saya, saya nak pergi tahfiz tengok Adam,” ujarnya dengan mata yang merah dan masih teresak-esak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast