Home Dunia Ancaman keganasan di UK semakin kritikal

Ancaman keganasan di UK semakin kritikal

Pakar mendakwa bom buatan tangan yang meletup dalam tube di Parsons Green lebih besar berbanding dalam serangan di Manchester Arena. foto Agensi

LONDON – Ancaman keganasan di United Kingdom melonjak ke tahap tertinggi ketika polis terus memburu pihak-pihak yang bertanggungjawab di sebalik pengeboman di stesen Parsons Green.

Perdana Menteri berkata, ancaman itu kini kritikal, bermakna ada serangan dijangka berlaku lagi selepas alat peranti diletupkan di stesen Parsons Green.

Polis berkata, kira-kira 1,000 pegawai bersenjata dapat mengawal di seluruh negara selepas bantuan ketenteraan diminta untuk turut serta.

Kejadian yang didakwa dilakukan oleh Kumpulan IS itu mengakibatkan 29 orang cedera.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, tentera akan memberikan sokongan kepada polis dan akan menggantikan pegawai yang bertugas di tapak-tapak infrastruktur negara yang tidak dapat diakses oleh orang awam.

Manakala polis Scotland memberitahu, ia akan meningkatkan jumlah pegawai bersenjata dalam rondaan, terutama di lokasi utama dan tempat yang sesak.

Tentera digunakan untuk membantu polis di bawah fasa pertama Operasi Temperer berikutan serangan pengganas kali pertama pada 23 Mei lalu, diikuti dengan serangan Manchester Arena.

Orang ramai akan melihat lebih banyak polis bersenjata di rangkaian pengangkutan dan di jalan-jalan raya sebagai perlindungan tambahan.

“Ini adalah langkah yang seimbang dan masuk akal yang akan memberikan jaminan dan perlindungan tambahan sementara penyiasatan berlangsung,” kata May.

Seramai 29 orang telah dirawat di hospital, kebanyakannya terbakar, selepas serangan itu berlaku pada pukul 08:20 BST pada hari Jumaat di kereta api di District Line, dekat timur Wimbledon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast